Thursday, January 30, 2025
Wednesday, January 29, 2025
Jom Sertai Kesatuan DH: Bersama Kita Perkukuhkan Suara Warga DH!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani,
Para warga DH yang dihormati,
Dalam pertemuan bersama TKSU KPT baru-baru ini, Kesatuan DH pertama kali diperkenalkan kepada KPT berkenaan kewujudan Kesatuan DH di bawah JPPKK. Selain itu, pihak kesatuan juga telah menerima pandangan daripada TKSU berkenaan keahlian kesatuan DH dengan mengatakan jumlah keahlian masih rendah. Dengan keahlian kita yang baru mencecah 8%, ini masih jauh dari mencerminkan suara sebenar dan keseluruhan warga DH. Walaupun kita telah berjaya meningkatkan keahlian daripada 2% kepada 8% dalam tempoh setahun, jumlah ini masih belum cukup untuk mewakili suara keseluruhan skim PPPT.
Dengan keahlian yang rendah ini, kita masih belum mampu mengubah dan memperbaiki skim DH seperti yang diharapkan. Namun, jika kita dapat mencapai lebih 50% keahlian, barulah kita boleh dianggap sebagai suara majoriti PPPT, yang lebih kuat dan berpengaruh dalam memperjuangkan hak serta kebajikan kita semua.
Justeru, AJK Kesatuan DH menyeru kepada semua warga DH yang belum menyertai kesatuan DH supaya mendaftar keahlian Kesatuan DH dan bersama-sama memperkukuhkan suara kita. Tunggu apa lagi? Marilah kita bersatu, kerana hanya dengan kesatuan yang kukuh, kita mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk semua warga DH!
JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI KESATUAN DH
Maklumat lanjut berkenaan Kesatuan DH, Sila layari:
Link Daftar: https://bit.ly/kesatuandh
Website: kesatuandh.org
TERIMA KASIH KERANA BERSAMA KAMI DAN MENJADI AHLI KESATUAN DH!
Bersama-sama kita kuat, bersama-sama kita melangkah ke hadapan!
Sekian, terima kasih.
Abdul Latib bin Ahmad
Presiden Kesatuan DH
'Kesatuan Membina Kekuatan'
Tuesday, January 28, 2025
PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) TAHUN 2025
PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) TAHUN 2025
Terbuka kepada semua kesatuan sekerja yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959!
1. Melaksanakan Latihan dan Program Pendidikan;
2. Menjalankan Kajian berkaitan Pergerakan Kesatuan Sekerja di Malaysia;
3. Penulisan Ilmiah;
4. Pembelian Perkakasan komputer; dan
5. Pendigital Rekod Pengurusan Kesatuan Sekerja.
Dapatkan maklumat lanjut dan Borang Pemohonan di:
Tarikh Tutup Permohonan: 28 Februari 2025 (Jumaat)
***Jangan lepaskan peluang ini!
Selamat Tahun Baharu Cina
Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga berbangsa Cina! Semoga perayaan ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan rezeki yang melimpah kepada anda sekeluarga.
Mari kita teruskan tradisi yang penuh makna ini dengan semangat perpaduan dan harapan baru.
Ikhlas drp: Presiden dan Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan DH
Monday, January 27, 2025
Sesi Kunjungan Hormat Kesatuan DH ke Pejabat TKSU KPT
Putrajaya, 27 Januari 2025 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Kesatuan DH di pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), YBhg Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir. Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengarah Kanan (K) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPT, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Kesatuan DH yang diketuai oleh Presiden Kesatuan DH.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan Kesatuan DH kepada pihak KPT, membina hubungan baik, dan merancang program kebajikan bagi manfaat ahli kesatuan. Selain itu, sesi perbincangan turut diadakan untuk membincangkan cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan DH. Antara perkara yang dibincangkan termasuk:
-Penyelarasan elaun warden, Bantuan Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)
-Peluang pendidikan untuk kumpulan sokongan PNP; dan
-Laluan khas kenaikan pangkat bagi kakitangan yang telah lama berkhidmat.
YBhg Datuk Mohammad Azhan menyambut baik inisiatif Kesatuan DH dan menzahirkan komitmen penuh pihak KPT dalam menyokong usaha penambahbaikan skim perkhidmatan DH. Beliau turut menggalakkan kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak untuk mencapai matlamat bersama.
Sesi ini mencerminkan usaha berterusan KPT dalam memastikan kebajikan serta kerjaya warga DH terus diberi perhatian sejajar dengan visi pembangunan modal insan negara.
Sunday, January 26, 2025
Salam Israk dan Mikraj 1446H/2025M
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita diberikan kesempatan untuk memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj.
Peristiwa ini bukan sekadar kisah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya ke Sidratul Muntaha, tetapi ia adalah simbol kekuatan iman, ketaatan, dan pengorbanan. Israk dan Mikraj mengajarkan kita untuk terus berusaha memperkukuh hubungan dengan Allah SWT (hablum minallah) dan sesama manusia (hablum minannas).
Sebagai warga kesatuan DH, marilah kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini untuk memperkukuhkan kesatuan, meningkatkan integriti, dan menyemarakkan semangat ukhwah dalam menjalankan tanggungjawab kita bersama. Semoga nilai-nilai murni yang kita pelajari dapat diterapkan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan dan kesejahteraan bersama.
Akhir kata, saya mendoakan semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Selamat menyambut Israk dan Mikraj 1446H/2025M.
“Kesatuan Membina Kekuatan”
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ikhlas drp:
Abdul Latib Ahmad
Presiden Kesatuan DH
Friday, January 24, 2025
Tahniah atas Kejayaan Sesi Libat Urus bersama JPA
Tahniah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Kesatuan Sekerja Pekerja Bomba kerana berjaya dalam sesi libat urus bersama dengan JPA.
Nor Hisham berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta sesi libat urus bersama Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
Thursday, January 23, 2025
Statistik Keahlian Kesatuan DH Mengikut Umur
Makluman:
Berikut adalah statistik keahlian Kesatuan DH berdasarkan kategori umur.
Peringatan:
Website:
Kesatuan DH di Majlis Aspirasi Ketua Pengarah JPPKK
Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kesatuan DH, berasa amat berbesar hati kerana berpeluang menghadiri Majlis Aspirasi Ketua Pengarah JPPKK yang berlangsung dengan penuh gemilang. Kehadiran kami adalah sebagai tanda sokongan serta bagi memeriahkan lagi majlis ini, sejajar dengan aspirasi untuk memperkukuh kerjasama semua pihak.
Dalam majlis ini, pelbagai amanat, pencapaian, serta anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Ketua Pengarah (KP). Amanat yang disampaikan amat bernilai, memberikan inspirasi kepada kami selaku ahli kesatuan untuk terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab di peringkat institusi dan nasional.
Kesatuan DH, yang diwakili oleh Presiden dan AJK, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YBhg. Dato' KP atas segala pencapaian yang telah diraih. Kami percaya, dengan panduan dan iltizam yang disampaikan, ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan TVET di negara ini.
Wednesday, January 22, 2025
Monday, January 20, 2025
Pentingnya Sokongan Anda Dalam Kesatuan DH
Kekuatan Kesatuan DH terletak pada perpaduan setiap warga DH dalam menyokong usaha kesatuan. Penyertaan aktif warga DH dalam kesatuan adalah kunci utama untuk memperkukuh perjuangan meningkatkan skim perkhidmatan DH.
Pada masa ini, suara kita hanya diwakili oleh 8% warga DH yang menjadi ahli kesatuan DH. Oleh itu, ayuh warga DH! Marilah kita bersama-sama mencapai sasaran keahlian 50% atau lebih. Apabila keahlian kesatuan melebihi 50%, barulah suara kita benar-benar menjadi suara majoriti yang mampu membawa perubahan besar kepada skim DH.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sertailah kesatuan DH hari ini dan jadilah sebahagian daripada usaha memperkukuh masa depan kita bersama.
Sunday, January 19, 2025
Pentingnya Sokongan Anda Dalam Kesatuan DH
Kekuatan Kesatuan DH terletak pada perpaduan setiap warga DH dalam menyokong usaha kesatuan. Penyertaan aktif warga DH dalam kesatuan adalah kunci utama untuk memperkukuh perjuangan meningkatkan skim perkhidmatan DH.
Pada masa ini, suara kita hanya diwakili oleh 8% warga DH yang menjadi ahli kesatuan DH. Oleh itu, ayuh warga DH! Marilah kita bersama-sama mencapai sasaran keahlian 50% atau lebih. Apabila keahlian kesatuan melebihi 50%, barulah suara kita benar-benar menjadi suara majoriti yang mampu membawa perubahan besar kepada skim DH.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sertailah kesatuan DH hari ini dan jadilah sebahagian daripada usaha memperkukuh masa depan kita bersama.
Jangan lepaskan peluang ini! Sertai kami demi masa depan yang lebih cerah untuk semua.
JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI KESATUAN DH
Maklumat lanjut berkenaan Kesatuan DH, Sila layari:
Link Daftar: https://bit.ly/kesatuandh
Website: kesatuandh.org
TERIMA KASIH KERANA BERSAMA KAMI DAN MENJADI AHLI KESATUAN DH!
Bersama-sama kita kuat, bersama-sama kita melangkah ke hadapan!
Ikhlas drp:
Abdul Latib Ahmad
Presiden Kesatuan DH
Saturday, January 18, 2025
Friday, January 17, 2025
Majlis Aspirasi KPPK Tahun 2025
[5 HARI LAGI]
Jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama mengetahui hala tuju dan aspirasi KPPK bagi tahun 2025.
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
2 Januari 2025 – Kesatuan DH hari ini telah mengadakan Masyarakat Agung Luar Biasa di Dewan Kuliah Utama PTSB dan melalui platform dalam t...


















