Monday, January 27, 2025

Sesi Kunjungan Hormat Kesatuan DH ke Pejabat TKSU KPT


 Putrajaya, 27 Januari 2025 – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Kesatuan DH di pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), YBhg Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir. Turut hadir dalam sesi ini ialah Pengarah Kanan (K) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KPT, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Kesatuan DH yang diketuai oleh Presiden Kesatuan DH.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan Kesatuan DH kepada pihak KPT, membina hubungan baik, dan merancang program kebajikan bagi manfaat ahli kesatuan. Selain itu, sesi perbincangan turut diadakan untuk membincangkan cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan DH. Antara perkara yang dibincangkan termasuk:
-Penyelarasan elaun warden, Bantuan Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)
-Peluang pendidikan untuk kumpulan sokongan PNP; dan
-Laluan khas kenaikan pangkat bagi kakitangan yang telah lama berkhidmat.
YBhg Datuk Mohammad Azhan menyambut baik inisiatif Kesatuan DH dan menzahirkan komitmen penuh pihak KPT dalam menyokong usaha penambahbaikan skim perkhidmatan DH. Beliau turut menggalakkan kerjasama berterusan antara kedua-dua pihak untuk mencapai matlamat bersama.
Sesi ini mencerminkan usaha berterusan KPT dalam memastikan kebajikan serta kerjaya warga DH terus diberi perhatian sejajar dengan visi pembangunan modal insan negara.

No comments:

Post a Comment

Kesatuan Vs Persatuan