Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita diberikan kesempatan untuk memperingati peristiwa agung Israk dan Mikraj.
Peristiwa ini bukan sekadar kisah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan seterusnya ke Sidratul Muntaha, tetapi ia adalah simbol kekuatan iman, ketaatan, dan pengorbanan. Israk dan Mikraj mengajarkan kita untuk terus berusaha memperkukuh hubungan dengan Allah SWT (hablum minallah) dan sesama manusia (hablum minannas).
Sebagai warga kesatuan DH, marilah kita mengambil iktibar daripada peristiwa ini untuk memperkukuhkan kesatuan, meningkatkan integriti, dan menyemarakkan semangat ukhwah dalam menjalankan tanggungjawab kita bersama. Semoga nilai-nilai murni yang kita pelajari dapat diterapkan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan dan kesejahteraan bersama.
Akhir kata, saya mendoakan semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Selamat menyambut Israk dan Mikraj 1446H/2025M.
“Kesatuan Membina Kekuatan”
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ikhlas drp:
Abdul Latib Ahmad
Presiden Kesatuan DH

No comments:
Post a Comment