Monday, January 20, 2025

Pentingnya Sokongan Anda Dalam Kesatuan DH


 Kekuatan Kesatuan DH terletak pada perpaduan setiap warga DH dalam menyokong usaha kesatuan. Penyertaan aktif warga DH dalam kesatuan adalah kunci utama untuk memperkukuh perjuangan meningkatkan skim perkhidmatan DH.

Setiap aduan dan cadangan anda akan diberi perhatian melalui laluan yang sah dari segi undang-undang, namun ini hanya boleh dicapai dengan sokongan padu daripada semua. Kesatuan DH memerlukan keahlian yang lebih besar untuk benar-benar mewakili keseluruhan penjawat awam skim DH.
Pada masa ini, suara kita hanya diwakili oleh 8% warga DH yang menjadi ahli kesatuan DH. Oleh itu, ayuh warga DH! Marilah kita bersama-sama mencapai sasaran keahlian 50% atau lebih. Apabila keahlian kesatuan melebihi 50%, barulah suara kita benar-benar menjadi suara majoriti yang mampu membawa perubahan besar kepada skim DH.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sertailah kesatuan DH hari ini dan jadilah sebahagian daripada usaha memperkukuh masa depan kita bersama.

No comments:

Post a Comment

Kesatuan Vs Persatuan