Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani,
Para warga DH yang dihormati,
Dalam pertemuan bersama TKSU KPT baru-baru ini, Kesatuan DH pertama kali diperkenalkan kepada KPT berkenaan kewujudan Kesatuan DH di bawah JPPKK. Selain itu, pihak kesatuan juga telah menerima pandangan daripada TKSU berkenaan keahlian kesatuan DH dengan mengatakan jumlah keahlian masih rendah. Dengan keahlian kita yang baru mencecah 8%, ini masih jauh dari mencerminkan suara sebenar dan keseluruhan warga DH. Walaupun kita telah berjaya meningkatkan keahlian daripada 2% kepada 8% dalam tempoh setahun, jumlah ini masih belum cukup untuk mewakili suara keseluruhan skim PPPT.
Dengan keahlian yang rendah ini, kita masih belum mampu mengubah dan memperbaiki skim DH seperti yang diharapkan. Namun, jika kita dapat mencapai lebih 50% keahlian, barulah kita boleh dianggap sebagai suara majoriti PPPT, yang lebih kuat dan berpengaruh dalam memperjuangkan hak serta kebajikan kita semua.
Justeru, AJK Kesatuan DH menyeru kepada semua warga DH yang belum menyertai kesatuan DH supaya mendaftar keahlian Kesatuan DH dan bersama-sama memperkukuhkan suara kita. Tunggu apa lagi? Marilah kita bersatu, kerana hanya dengan kesatuan yang kukuh, kita mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk semua warga DH!
JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI KESATUAN DH
Maklumat lanjut berkenaan Kesatuan DH, Sila layari:
Link Daftar: https://bit.ly/kesatuandh
Website: kesatuandh.org
TERIMA KASIH KERANA BERSAMA KAMI DAN MENJADI AHLI KESATUAN DH!
Bersama-sama kita kuat, bersama-sama kita melangkah ke hadapan!
Sekian, terima kasih.
Abdul Latib bin Ahmad
Presiden Kesatuan DH
'Kesatuan Membina Kekuatan'

No comments:
Post a Comment