Wednesday, January 1, 2025

Mesyuarat Agung Luar Biasa Kesatuan DH Berlangsung dengan Lancar


 

2 Januari 2025 – Kesatuan DH hari ini telah mengadakan Masyarakat Agung Luar Biasa di Dewan Kuliah Utama PTSB dan melalui platform dalam talian iaitu Google meet. Majlis dimulakan dengan proses pendaftaran dan pengesahan kuorum oleh ahli jawatankuasa, yang memastikan jumlah kehadiran mencukupi untuk memulakan mesyuarat.
Setelah kuorum disahkan, pengacara majlis membuka acara dengan ucapan alu-aluan, diikuti dengan bacaan doa. Presiden Kesatuan DH kemudian menyampaikan ucapan aluan sebelum majlis diteruskan dengan sesi perasmian, yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB.
Dalam mesyuarat ini, dua usul utama telah dibentangkan untuk perbincangan dan persetujuan ahli. Usul pertama mencadangkan pindaan perlembagaan berkaitan undi sulit, iaitu daripada kaedah fizikal dan pos kepada fizikal dan digital. Usul kedua pula membincangkan permohonan untuk Kesatuan DH menyertai gabungan Cuepacs.
Mesyuarat berjalan dengan lanca,r dan perbahasan dilakukan secara teliti. Keputusan muktamad terhadap kedua-dua usul akan diumumkan setelah proses dokumentasi diselesaikan.
Majlis ini mencerminkan komitmen Kesatuan DH dalam meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan memperkukuhkan peranan kesatuan di peringkat lebih tinggi.
'Kesatuan Membina Kekuatan'

No comments:

Post a Comment

Kesatuan Vs Persatuan