Thursday, January 2, 2025

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐊𝐊𝐏𝐏𝐏𝐓𝐒𝐌) 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐛𝐫𝐢𝐝 𝐏𝐓𝐒𝐁


 KULIM, 2 Januari 2025 – Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Semenanjung Malaysia (KKPPPTSM) telah berlangsung secara hibrid pada bertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), hari ini. Seramai 150 ahli menghadiri mesyuarat secara dalam talian melalui manakala hampir 100 ahli hadir secara fizikal.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Presiden, Encik Abdul Latib bin Ahmad yang menyeru semua pihak untuk terus memberikan sokongan kepada Kesatuan DH bagi mencapai matlamat penubuhannya. Beliau turut menekankan pentingnya kerjasama antara ahli kesatuan untuk memperkukuhkan lagi peranan dan keberkesanan Kesatuan DH.
Majlis perasmian mesyuarat ini telah disempurnakan oleh Hj. Mohd Ruzi bin Hamzah, Pengarah PTSB merangkap Ahli Bersekutu Kesatuan DH. Dalam ucaptama beliau, Hj. Mohd Ruzi menzahirkan penghargaan kepada kesatuan atas usaha keras dalam menjadi suara mewakili warga DH serta memastikan skim DH terus relevan dan diperhalusi dari semasa ke semasa.
Sesi bergambar diadakan sejurus selepas upacara perasmian. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dua usul yang mendapat sokongan lebih daripada 1/4 jumlah ahli yang berhak mengundi. Kejayaan pengundian kedua-dua usul ini diharapkan dapat memberi manfaat dan nilai tambah kepada ahli kesatuan serta memperkukuhkan Skim DH.
Presiden kesatuan menyeru semua pihak untuk turut serta dalam usaha ini. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai, pendaftaran boleh dibuat di https://kesatuandh.org/.
Kesatuan DH bertekad untuk terus berkhidmat demi kebajikan dan kesejahteraan ahli.
"KESATUAN MEMBINA KEKUATAN"

No comments:

Post a Comment

Kesatuan Vs Persatuan