Sunday, October 5, 2025

🎓 Selamat Menyambut Hari Akademia 2025! 🎉

Bersempena sambutan Hari Akademia pada 5 Oktober 2025, marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan sumbangan para pendidik serta warga akademik yang menjadi tonggak kepada kemajuan pendidikan tinggi negara. Sambutan ini diadakan bagi mengiktiraf peranan penting warga akademia dalam membentuk modal insan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing, di samping memupuk semangat cintakan ilmu dalam kalangan warga institusi pendidikan tinggi. Tema tahun ini, “Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pendidikan Tinggi”, menyeru kita semua untuk terus kreatif, progresif dan adaptif terhadap arus kemajuan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai kesatuan yang mewakili tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara, Kesatuan DH berbangga meraikan sambutan ini sebagai simbol penghargaan terhadap dedikasi, profesionalisme dan komitmen warga akademik dalam memperkasa pendidikan TVET serta pendidikan tinggi negara. Ikhlas daripada Presiden dan Majlis Jawatankuasa Kerja (MJKK) Kesatuan DH

No comments:

Post a Comment

Kesatuan Vs Persatuan