Satu sesi penyerahan kad keahlian Kesatuan DH telah diadakan di Kolej Komuniti Jasin. Kad keahlian diserahkan oleh Presiden Kesatuan DH kepada wakil Penyelaras Kesatuan DH kolej tersebut sebagai simbolik keahlian rasmi. Majlis ini bertujuan mengukuhkan hubungan dan memperkasakan peranan kesatuan dalam kalangan ahli.
Justeru, AJK Kesatuan DH menyeru kepada semua warga DH yang belum menyertai kesatuan DH supaya mendaftar keahlian Kesatuan DH dan bersama-sama memperkukuhkan suara kita. Tunggu apa lagi? Marilah kita bersatu, kerana hanya dengan kesatuan yang kukuh, kita mampu membawa perubahan yang lebih baik untuk semua warga DH!
JOM DAFTAR SEBAGAI AHLI KESATUAN DH
Maklumat lanjut berkenaan Kesatuan DH, Sila layari:
Link Daftar: https://bit.ly/kesatuandh
Website: kesatuandh.org
TERIMA KASIH KERANA BERSAMA KAMI DAN MENJADI AHLI KESATUAN DH!
Bersama-sama kita kuat, bersama-sama kita melangkah ke hadapan!
'Kesatuan Membina Kekuatan'

No comments:
Post a Comment