Tuesday, February 18, 2025

JERAYAWARA DAN PENYERAHAN KAD KEAHLIAN KESATUAN DH DI POLITEKNIK MERLIMAU


 Merlimau, 18 Februari 2025 – Hari ini di JKA, JMSK, JPA & JPH PMM menjadi lokasi bagi sesi pertemuan, taklimat ringkas dan penyerahan kad keahlian Kesatuan DH di PMM.

Sepanjang sesi perjumpaan, pelbagai persoalan dan pertanyaan mengenai hala tuju Kesatuan DH telah dibincangkan bersama warga PMM. Presiden Kesatuan DH dan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) turut hadir bagi memberikan penerangan serta menjawab pertanyaan yang diajukan.
Kesatuan DH terus komited dalam membina kekuatan dan memperkukuh peranan dalam menjaga kebajikan serta kepentingan ahli. Kehadiran kesatuan DH di PMM diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Pihak kesatuan DH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli Majlis Pengurusan dan warga PMM atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga segala urusan warga DH di PMM dipermudahkan dalam aktiviti harian mereka.

No comments:

Post a Comment

Kesatuan Vs Persatuan