Wednesday, January 15, 2025

PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 1/2025

 


14 Januari 2025 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2025 yang bertemakan Israk Mikraj telah dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah diadakan bertempat di Dewan Muallim, PSAS. Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini turut meraikan penerima-penerima Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Disember 2024, penyampaian Anugerah Worldskills, Anugerah International, Innovation And Action Research 2024 (IIAR2024) dan Anugerah Khas yang telah disampaikan oleh Pengarah PSAS.
Dalam majlis yang sama juga, turut diraikan persaraan Tn. Haji Mohd Roslan bin Mahidin, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam PSAS yang akan bersara wajib pada 13 Februari 2025 dan penyampaian taklimat oleh Kesatuan DH yang disampaikan oleh En Abdul Latib Bin Ahmad, Presiden Kesatuan DH.
Dalam Amanat sempena Tahun Baharu, Pengarah PSAS telah menyeru agar semua warga PSAS mengekalkan momentum kecemerlangan dan berkongsi prinsip 5C yang perlu menjadi amalan semua warga PSAS iaitu:
1. CONNECTION (PERHUBUNGAN)
Mewujudkan hubungan yang baik dengan Pencipta, rakan sekerja, pelajar, pihak industri dan masyarakat.
2. COMMUNICATION (KOMUNIKASI)
Memperbaiki cara berkomunikasi sama ada secara lisan atau Bahasa Badan serta bijak dalam berkomunikasi. Kemahiran mendengar yang baik juga amat penting dalam berkomunikasi. “Change the word, can change the world”.
3. COLLABORATION (KOLABORASI)
Mewujudkan dan merebut ruang serta peluang kolaborasi bersama pelbagai pihak dan tidak bekerja secara silo. Menonjolkan PSAS di peringkat global, tanpa melupakan akan komuniti setempat.
4. COOPERATION (MUAFAKAT)
Bekerja dalam semangat bermuafakat dan hindari sifat iri hati atau membenci. Banyak kejayaan akan dapat dicapai hasil daripada hidup muafakat. Tiada perkara yg tidak dapat diselesaikan jika bekerja dalam semangat bermuafakat.
5. COHESIVE (KEJELEKITAN)
Memandang semua orang adalah penting dan tiada sikap pilih kasih.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa penganjur iaitu Jabatan Kejuruteraan Elektrik PSAS di atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2025.
------
Tiktok | Facebook | Twitter : @psasofficial
Instagram : @psasofficial1
Youtube : Politeknik Sultan Azlan Shah
Youtube : PSAS SHOUT! TVET

No comments:

Post a Comment