14 Januari 2025, Behrang
Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) hari ini menerima kunjungan rasmi dari Kesatuan DH yang disambut mesra oleh Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Ibrahim, Pengarah PSAS, bersama ahli Majlis Pengurusan serta warga POLYCC PSAS.
Kunjungan ini turut disertai oleh rakan strategik Kesatuan DH, iaitu agensi Fauzi Sdn. Bhd., yang bersama-sama menyokong usaha memperkukuh hubungan di antara kesatuan dan warga politeknik.
Kehadiran Kesatuan DH di PSAS diharap dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama dan memastikan kebajikan serta keperluan warga DH sentiasa terpelihara.

No comments:
Post a Comment