Friday, February 28, 2025

Taklimat Kesatuan DH di Majlis Perhimpunan Bulanan Kolej Komuniti Arau


 Arau, 28 Februari 2025 – Kesatuan DH telah diberi peluang untuk menyampaikan taklimat dalam majlis perhimpunan bulanan Kolej Komuniti Arau. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh rakan strategik Kesatuan DH, Pn. Hajjah Zurita, Ketua Penolong Pengarah Urusan Agensi Fauzi Sdn. Bhd.

Pihak Kesatuan DH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kolej Komuniti Arau atas kesudian menerima kunjungan hormat kami serta memberi ruang bagi sesi taklimat ini. Semoga kerjasama ini terus terjalin demi manfaat bersama.
'Kesatuan Membina Kekuatan'

Thursday, February 27, 2025

Kesatuan DH Disambut Baik di Politeknik Jeli Kelantan


 Jeli, 27 Februari 2025 – Kehadiran Kesatuan DH di Politeknik Jeli Kelantan disambut baik oleh Pengarah Politeknik Jeli Kelantan, pihak pengurusan, dan seluruh warga POLYCC Politeknik Jeli dalam satu lawatan rasmi hari ini.

Delegasi Kesatuan DH diketuai oleh Presiden Kesatuan DH bersama Ahli Jawatankuasa Kesatuan serta wakil dari agensi Fauzi Sdn Bhd. Perjumpaan dengan Pengarah Politeknik Jeli berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni bagi membincangkan isu-isu berkaitan skim DH serta peranan kesatuan dalam memperjuangkan hak dan kebajikan ahlinya.
Selepas sesi perjumpaan, Kesatuan DH diberi ruang untuk menyampaikan taklimat dan penerangan mengenai kesatuan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan. Sambutan yang menggalakkan daripada warga DH Politeknik Jeli membuktikan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan kesatuan dalam memperjuangkan kebajikan dan hak tenaga pengajar akademik.
Kesatuan DH merakamkan penghargaan kepada semua warga DH Politeknik Jeli yang telah menyertai kesatuan. Dengan pertambahan keahlian, diharapkan isu-isu berkaitan skim DH dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi demi manfaat bersama pada masa akan datang.
Terima kasih warga DH Politeknik Jeli!
'Kesatuan Membina Kekuatan'

Monday, February 24, 2025

Tatacara - Perakuan Permohonan Cuti Tanpa Rekod Kesatuan Sekerja


 Cuti tanpa rekod bagi program kesatuan sekerja yang diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) adalah kemudahan khas yang diberikan kepada pegawai atau kakitangan yang menghadiri aktiviti rasmi kesatuan yang mendapat pengiktirafan JHEKS. Kemudahan ini membolehkan mereka menghadiri mesyuarat, kursus, seminar, atau program lain yang dianjurkan oleh kesatuan tanpa menjejaskan rekod kehadiran mereka.

Berikut adalah Kelayakan Permohonan:
✓Pemohon mestilah ahli kesatuan sekerja yang berdaftar.
✓Program atau aktiviti yang dihadiri mestilah mendapat kelulusan rasmi daripada JHEKS.
✓Permohonan hendaklah mendapat sokongan daripada kesatuan sekerja pemohon.
Tatacara permohonan ini perlu dipatuhi bagi memastikan kelulusan diberikan mengikut peraturan yang ditetapkan serta tidak menjejaskan operasi organisasi.

Saturday, February 22, 2025

Kesatuan sekerja dan pertubuhan/persatuan adalah dua jenis organisasi yang mempunyai peranan dan matlamat yang berbeza

 Berikut adalah perbezaan utama antara keduanya:

1. Definisi
Kesatuan Sekerja: Organisasi yang ditubuhkan oleh pekerja dalam sektor tertentu untuk melindungi hak, kebajikan, dan kepentingan mereka dalam pekerjaan.
Pertubuhan/Persatuan: Kumpulan individu yang berkongsi minat, matlamat, atau aktiviti tertentu seperti kebajikan, sosial, sukan, keagamaan, atau profesional.
2. Tujuan dan Fungsi
Kesatuan Sekerja:
✓Memperjuangkan hak pekerja dalam aspek gaji, faedah, dan syarat kerja.
✓Berunding dengan majikan mengenai perjanjian kolektif.
✓Membantu ahli dalam kes disiplin.
Pertubuhan/Persatuan:
✓Menjalankan aktiviti sosial, kebajikan, keagamaan, pendidikan, atau profesional.
✓Menggalakkan interaksi dan perpaduan antara ahli yang berkongsi kepentingan yang sama.
✓Tidak berkaitan secara langsung dengan isu pekerjaan atau hak pekerja.
3. Keahlian
Kesatuan Sekerja: Terhad kepada pekerja dalam industri atau sektor tertentu.
Pertubuhan/Persatuan: Terbuka kepada sesiapa sahaja yang memenuhi syarat keahlian berdasarkan minat atau objektif persatuan.
4. Undang-undang dan Pendaftaran
Kesatuan Sekerja: Didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan dikawal selia oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).
Pertubuhan/Persatuan: Didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan dikawal oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
5. Hak dan Kuasa
Kesatuan Sekerja:
✓Berkuasa berunding dengan majikan mengenai perjanjian kolektif.
Pertubuhan/Persatuan:
✓Tidak boleh berunding mengenai hak pekerja.
✓Lebih tertumpu kepada aktiviti bukan berkaitan pekerjaan seperti kebajikan, sosial, dan keagamaan.
Kesimpulannya, kesatuan sekerja lebih fokus kepada perjuangan hak pekerja, manakala pertubuhan/persatuan lebih bersifat umum untuk aktiviti sosial dan profesional.

Thursday, February 20, 2025

BENGKEL PEMANTAPAN KESATUAN DH DI POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH


 Politeknik Sultan Idris Shah, 19-20 Februari 2025 – Bengkel Pemantapan Kesatuan DH telah berjaya diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa Kesatuan DH yang diketuai oleh Presiden Kesatuan DH dan bersama Rakan Strategik Kesatuan DH, Agensi Fauzi Sdn. Bhd.

Kesatuan DH mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Pengarah PSIS, ahli mesyuarat pengurusan PSIS, serta seluruh warga DH PSIS atas sokongan padu terhadap kesatuan ini.
Mari bersama-sama menyokong Kesatuan DH dan terus berganding bahu dalam program perlindungan khas penjawat awam dan program kebajikan demi kesejahteraan semua.
Kesatuan membina kekuatan!