Thursday, February 27, 2025

Kesatuan DH Disambut Baik di Politeknik Jeli Kelantan


 Jeli, 27 Februari 2025 – Kehadiran Kesatuan DH di Politeknik Jeli Kelantan disambut baik oleh Pengarah Politeknik Jeli Kelantan, pihak pengurusan, dan seluruh warga POLYCC Politeknik Jeli dalam satu lawatan rasmi hari ini.

Delegasi Kesatuan DH diketuai oleh Presiden Kesatuan DH bersama Ahli Jawatankuasa Kesatuan serta wakil dari agensi Fauzi Sdn Bhd. Perjumpaan dengan Pengarah Politeknik Jeli berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni bagi membincangkan isu-isu berkaitan skim DH serta peranan kesatuan dalam memperjuangkan hak dan kebajikan ahlinya.
Selepas sesi perjumpaan, Kesatuan DH diberi ruang untuk menyampaikan taklimat dan penerangan mengenai kesatuan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan. Sambutan yang menggalakkan daripada warga DH Politeknik Jeli membuktikan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan kesatuan dalam memperjuangkan kebajikan dan hak tenaga pengajar akademik.
Kesatuan DH merakamkan penghargaan kepada semua warga DH Politeknik Jeli yang telah menyertai kesatuan. Dengan pertambahan keahlian, diharapkan isu-isu berkaitan skim DH dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi demi manfaat bersama pada masa akan datang.
Terima kasih warga DH Politeknik Jeli!
'Kesatuan Membina Kekuatan'

No comments:

Post a Comment