Sunday, March 30, 2025
Friday, March 28, 2025
MJKK Kesatuan DH sesi 2023/2025 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli dan warga DH.
Pulut lemang enak dimakan,
Kuah rendang lazat terasa,
Kami ucapkan dengan ingatan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri yang mulia.
Musim perayaan datang kembali,
Masa bermaafan eratkan tali,
Mohon ampun atas kekhilafan diri,
Semoga bahagia menyinari Aidilfitri.
Pandu dengan cermat dan berhati-hati di jalan raya. Selamat pulang dan kembali dengan selamat.
Ampun maaf zahir dan batin daripada kami, Presiden dan MJKK Kesatuan DH sesi 2023/2025.
Thursday, March 27, 2025
Wednesday, March 26, 2025
Sesi Penyerahan Kad Keahlian dan Buku Kesatuan DH
26 Mac 2025 – Satu sesi bermakna telah berlangsung hari ini di Politeknik Merlimau dengan acara penyerahan kad keahlian kesatuan DH kepada Pengarah Politeknik Merlimau, Lt. Kol. Norizam bin Sekak, dan penyerahan buku kesatuan DH daripada kumpulan penulis di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.
Kad keahlian kesatuan DH telah disampaikan oleh En. Amir bin Awang @Muda, Penyelaras Kesatuan DH PMM kepada Lt. Kol. Norizam bin Sekak. Dengan keahlian ini, diharapkan ia akan memberi impak positif kepada kesatuan DH dan memperkukuhkan hubungan antara kesatuan dengan pihak pengurusan politeknik.
Sesi diteruskan dengan penyerahan buku kesatuan DH yang disampaikan oleh Dr. Ros Saidatunnaziah binti Md Yusoff kepada En. Abdul Latib bin Ahmad, Presiden Kesatuan DH. Penyerahan ini menandakan penutupan rasmi laporan kluster geran penulisan ilmiah kesatuan DH.
Inisiatif ini diharapkan akan membawa kebaikan dan manfaat kepada semua warga DH serta terus menyemarakkan semangat kerjasama dan kecemerlangan dalam kalangan ahli kesatuan.
Tuesday, March 25, 2025
Monday, March 24, 2025
Sunday, March 23, 2025
Saturday, March 22, 2025
#kesatuandh
Tawaran kepada ahli Kesatuan DH bg menyertai program perlindungan khas penjawat awam. Terdapat 243 panel hospital Dan dilindungi 51 jenis penyakit kritikal.
Jom daftar ahli Kesatuan DH di laman website kesatuandh.org dan layak menyertai program ini.
Friday, March 21, 2025
#kesatuandh
Kesatuan DH ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak JPPKK atas kejayaan memendekkan tempoh permohonan gred DH8 daripada 20 tahun kepada 16 tahun. Langkah ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna dalam usaha meningkatkan kebajikan serta memperkukuhkan laluan kerjaya bagi warga skim DH.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ketua Pengarah serta pengurusan tertinggi JPPKK atas komitmen, usaha gigih, dan keprihatinan dalam memperjuangkan kebajikan anggota DH. Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penambahbaikan yang membawa manfaat kepada semua warga DH pada masa hadapan.
Kesatuan DH akan terus mendukung usaha murni ini demi kesejahteraan dan kemajuan bersama.
MAJLIS APRESIASI KUMPULAN PENULIS GERAN KESATUAN DH
Kulim Golf Resort, 20 Mac 2025 –
Kesatuan DH hari ini telah mengadakan Majlis Apresiasi bagi menghargai sumbangan kumpulan penulis geran Kesatuan DH. Majlis ini turut dihadiri oleh Majlis Jawatankuasa Kebangsaan Kesatuan DH (MJKK) serta rakan strategik, Agensi Fauzi Sdn Bhd.
Sebagai tanda penghargaan, satu sesi penyampaian cenderahati telah diadakan bagi mengiktiraf usaha ahli kumpulan penulis geran serta AJK yang terlibat dalam penulisan ilmiah kesatuan sekerja. Cenderahati ini disumbangkan oleh Agensi Fauzi Sdn Bhd sebagai penghormatan kepada dedikasi mereka dalam memperkasa bidang penulisan geran.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam usaha ini!
Thursday, March 20, 2025
Ziarah Takziah Kesatuan DH, KESAKA dan PDTJ PTSB ke Kediaman Arwah En. Mohd Aswadi bin Muhammad
Tok Uban, Pasir Mas, 20 Mac 2025 – Kesatuan DH bersama-sama dengan KESAKA dan PDTJ PTSB telah mengadakan ziarah takziah ke kediaman arwah En. Mohd Aswadi bin Muhammad dan keluarganya.
Kehadiran pihak Kesatuan DH diketuai oleh Presiden Kesatuan DH, bersama-sama warga PTSB, sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada keluarga arwah dalam saat-saat sukar ini.
Semoga arwah En. Mohd Aswadi bin Muhammad ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
#kesatuandh
Terima kasih kepada ahli-ahli kesatuan DH yang telah memberi sumbangan penulisan ilmiah kesatuan sekerja.
Wednesday, March 19, 2025
Tuesday, March 18, 2025
#kesatuandh
Dalam pertemuan ini, En. Zulfadhli bin Ahmad telah menerangkan kelebihan Program Gaya Hidup Baharu yang bakal ditawarkan kepada ahli Kesatuan DH. Antara manfaat yang bakal diperoleh oleh ahli termasuk diskaun hotel, taman tema, restoran, pusat kesihatan, baucar pemeriksaan kesihatan, ansuran insurans bulanan, serta takaful hibah.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat terbaik kepada semua ahli.
Monday, March 17, 2025
Salam Nuzul Al-Quran 1446H
Dengan penuh keinsafan dan kesyukuran, Majlis Jawatankuasa Kesatuan DH sesi 2023/2025 ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh warga ahli Kesatuan DH yang dirahmati Allah.
Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita akan mukjizat agung Al-Quran sebagai panduan hidup. Marilah kita bersama-sama menghayati, memahami, dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ikhlas daripada:
Presiden & Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan DH
Sesi 2023/2025
Wednesday, March 12, 2025
Thursday, March 6, 2025
Kepada ahli Kesatuan DH..
Jom untuk memiliki skim perlindungan yang ditawarkan oleh Kesatuan DH demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan ahli dalam pelbagai situasi. Skim perlindungan ini dapat memberi jaminan kepada ahli-ahli kesatuan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangka. Selain itu, ia juga boleh membantu meringankan beban kewangan ahli dan keluarga.
Dengan menyertai skim perlindungan ini, ahli Kesatuan DH dapat menikmati pelbagai faedah seperti dalam poster.
Tuesday, March 4, 2025
Dukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan DH menerima berita mengejutkan mengenai sahabat kita, En. Muhammad Aswadi, Pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, yang akan menjalani pembedahan di bahagian kepala. Sehubungan itu, Kesatuan DH dengan penuh harapan memohon semua warga POLYCC agar bersama-sama mendoakan kesihatan beliau supaya pulih seperti sediakala. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan, kekuatan, dan perlindungan kepada beliau sepanjang proses rawatan ini.
Monday, March 3, 2025
Saturday, March 1, 2025
Selamat Menyambut Ramadhan 1446H / 2025M
Semoga Ramadhan tahun ini menjadi yang terbaik bagi kita semua, dipenuhi dengan keberkatan, keampunan, dan rahmat-Nya. Mari kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan ibadah yang ikhlas dan hati yang suci.
Amin.
Ikhlas daripada,
Presiden Kesatuan DH
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
2 Januari 2025 – Kesatuan DH hari ini telah mengadakan Masyarakat Agung Luar Biasa di Dewan Kuliah Utama PTSB dan melalui platform dalam t...















.jpg)





