Langkawi, 14 Feb 2025 – Kesatuan DH telah menghadiri Karnival Pendidikan TVET PolyCC 2025 di Pulau Langkawi, bersama agensi Fauzi Abdul Jalil Sdn. Bhd. serta Pusat Pemasaran Kifayah Cuepacs. Kehadiran kami bertujuan untuk mengadakan sesi penerangan kepada warga DH mengenai program perlindungan khas yang disediakan untuk warga PolyCC, sekiranya mereka ditimpa musibah pada masa akan datang.
Melalui sesi ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Kesatuan DH telah berkongsi maklumat mengenai kepentingan perlindungan diri serta manfaat yang boleh diperoleh oleh warga PolyCC. Program ini diharap dapat memberikan jaminan keselamatan serta sokongan kepada mereka yang memerlukan bantuan dalam situasi kecemasan.
Dalam pada itu, Kesatuan DH turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Program PTSS, AJK Pelaksana dan pengarah-pengarah Kolej Komuniti Pahang atas layanan mesra dan kesudian menyantuni AJK Kesatuan DH. Keprihatinan serta sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan diharapkan dapat memperkukuh hubungan serta kerjasama antara kesatuan dan institusi pendidikan di bawah PolyCC.
Disediakan oleh:
Presiden Kesatuan DH

No comments:
Post a Comment