7 Januari 2025 : Pauh
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) menjadi lokasi bagi sesi libat urus antara Kesatuan DH dan Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi PTSS pada hari ini. Pertemuan tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah PTSS, YBrs. En. Mohammad Khairul Ezad bin Sulaiman dengan kehadiran Presiden Kesatuan DH serta wakil dari Agensi Fauzi Sdn Bhd.
Dalam sesi tersebut, Presiden Kesatuan DH menekankan kepentingan keahlian kesatuan DH serta memperincikan pelbagai tawaran program kebajikan yang disediakan. Beliau juga menegaskan bahawa penglibatan yang lebih aktif dari ahli kesatuan adalah kunci kepada kejayaan program-program kebajikan yang dirancang.
Wakil Agensi Fauzi Sdn Bhd turut berkongsi pengalaman mereka dalam membantu meningkatkan keahlian kesatuan melalui strategi yang berkesan. Agensi tersebut menyatakan kesediaan mereka untuk berganding bahu dengan Kesatuan DH bagi memperkukuhkan keahlian dan memastikan manfaat kesatuan dapat dinikmati sepenuhnya oleh semua ahli.
Sesi ini mencerminkan komitmen PTSS, Kesatuan DH, dan Agensi Fauzi Sdn Bhd dalam memperkukuhkan kebajikan ahli serta mempererat hubungan strategik antara pihak-pihak terlibat.

No comments:
Post a Comment