Tuesday, March 18, 2025

#kesatuandh

 

Kesatuan DH hari ini menerima kehadiran ECG Capital yang diketuai oleh Pengurus Agensi, En. Zulfadhli bin Ahmad, di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Ketibaan mereka disambut oleh Tuan Pengarah PTSB serta Presiden Kesatuan DH.
Dalam pertemuan ini, En. Zulfadhli bin Ahmad telah menerangkan kelebihan Program Gaya Hidup Baharu yang bakal ditawarkan kepada ahli Kesatuan DH. Antara manfaat yang bakal diperoleh oleh ahli termasuk diskaun hotel, taman tema, restoran, pusat kesihatan, baucar pemeriksaan kesihatan, ansuran insurans bulanan, serta takaful hibah.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat terbaik kepada semua ahli.

Monday, March 17, 2025

Salam Nuzul Al-Quran 1446H


 Dengan penuh keinsafan dan kesyukuran, Majlis Jawatankuasa Kesatuan DH sesi 2023/2025 ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh warga ahli Kesatuan DH yang dirahmati Allah.

Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita akan mukjizat agung Al-Quran sebagai panduan hidup. Marilah kita bersama-sama menghayati, memahami, dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ikhlas daripada:
Presiden & Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan DH
Sesi 2023/2025

Wednesday, March 12, 2025

Thursday, March 6, 2025

Kepada ahli Kesatuan DH..


 Jom untuk memiliki skim perlindungan yang ditawarkan oleh Kesatuan DH demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan ahli dalam pelbagai situasi. Skim perlindungan ini dapat memberi jaminan kepada ahli-ahli kesatuan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangka. Selain itu, ia juga boleh membantu meringankan beban kewangan ahli dan keluarga.

Dengan menyertai skim perlindungan ini, ahli Kesatuan DH dapat menikmati pelbagai faedah seperti dalam poster.

Tuesday, March 4, 2025


 Dukacita dimaklumkan bahawa Kesatuan DH menerima berita mengejutkan mengenai sahabat kita, En. Muhammad Aswadi, Pensyarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, yang akan menjalani pembedahan di bahagian kepala. Sehubungan itu, Kesatuan DH dengan penuh harapan memohon semua warga POLYCC agar bersama-sama mendoakan kesihatan beliau supaya pulih seperti sediakala. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan, kekuatan, dan perlindungan kepada beliau sepanjang proses rawatan ini.

Monday, March 3, 2025

Makluman kepada Warga DH POLYCC


 Anda boleh menyemak pendaftaran / keahlian / dashboard ahli seperti yang tertera di dalam poster.

Saturday, March 1, 2025

Selamat Menyambut Ramadhan 1446H / 2025M


 Semoga Ramadhan tahun ini menjadi yang terbaik bagi kita semua, dipenuhi dengan keberkatan, keampunan, dan rahmat-Nya. Mari kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan ibadah yang ikhlas dan hati yang suci.

Amin.
Ikhlas daripada,
Presiden Kesatuan DH