Monday, February 10, 2025

#kesatuandh


 

Jom Sertai Ahli Kesatuan DH!
Kepada semua Warga DH PMM, ayuh bersama-sama mendaftar sebagai ahli Kesatuan DH!
Mengapa kita perlu berkesatuan?
Antara Manfaat, Kebajikan & Aktiviti:
1. Pelbagai program kebajikan dan aktiviti menarik disediakan khusus untuk ahli.
2. Sokongan Profesional: Tanda kasih kita terhadap bidang profesional kerjaya dalam bidang TVET, dengan saling bantu-membantu sesama ahli.
3. Perundingan yang kolektif di antara semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan skim PPPT/DH.
Bagaimana mendaftar ahli Kesatuan DH
Isi di link yang disediakan https://kesatuandh.org
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada Ahli Kesatuan DH. Daftar sekarang dan bersama kita bina kesatuan yang lebih kukuh!
Sayang Kerjaya, Sayang Kesatuan!
'Kesatuan Membina Kekuatan'

Sunday, February 9, 2025

#kesatuandh


 

AJK Kesatuan DH mendoakan agar saudara Nasrul Ifzan segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik. Semoga segala urusan kesihatan dipermudahkan dan diberi kekuatan dalam menjalani rawatan serta pemulihan. Amin..


Monday, February 3, 2025

Kesatuan DH Hadiri Sesi Penerangan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025

 


Pulau Pinang, 3 Februari 2025– Kesatuan DH telah menerima jemputan daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis untuk menghadiri Sesi Penerangan Pengendalian Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2025.
Program ini bertujuan membantu, menyokong, dan memperkukuhkan pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai bentuk bantuan kewangan. Dalam sesi ini, penjelasan mendalam mengenai syarat-syarat dan prosedur permohonan turut diberikan, bagi membimbing kesatuan sekerja dalam mengemukakan permohonan peruntukan untuk program PHEKS tahun ini.
Sesi penerangan ini diharapkan dapat menjadi platform penting untuk meningkatkan kefahaman serta memastikan kesatuan sekerja memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan oleh program PHEKS 2025. Selain itu, usaha ini juga selaras dengan objektif memperkukuhkan struktur dan peranan kesatuan sekerja dalam melindungi kepentingan pekerja di seluruh negara.
Kesatuan DH komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam menyertai inisiatif seperti ini demi memperkasakan gerakan kesatuan sekerja serta memastikan manfaatnya dirasai oleh semua ahli.